visit me!

sila klik sini..

26 December 2011

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 6 (24/12/2011)

Bila terkenang 6 tahun yang lepas, pasti saya tersenyum sendiri..hehehe..maklumlah berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga. Tak kenal sangat ...tapi alhamdulillah, kami serasi dan saling mencintai, saling menghormati dan saling menyayangi. Kehadiran dia dalam hidup saya amat bermakna, saya sangat bahagia. Hingga kini masih terasa bagai pengantin baru. kih kih kih....(tersipu-sipu malu).

Suamiku, selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 6 ( 24/12/2011 ) dan Happy birthday to u (26/12/2011).






19 December 2011

HADIAH UNTUK MU....KALAU LAH.....

Semoga sahabat semua berada di bawah Rahmat Allah...

Ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 6 dah dekat ni.., macam-macam duk terfikir dalam kepala ni apa hadiah yang saya nak bagi kat hubby nih...buntu dah mak jemah...takkan nak bagi    " MUNGA"..hehe...susahkan nak bagi hadiah kat orang lelaki ni..? any idea?                             

Terfikir nak masak special2 untuk dia, ke nak makan kat luar? ke nak celebrate ramai-ramai..huh..macam-macam duk pikiaq 

Tapi malam tadi....tiba-tiba aje teringat, KALAU LAH saya pregnant  dan dapat tahu beberapa hari sebelum ulangtahun perkahwinan, sudah pasti saya akan hadiahkan dia result UPT yang positif itu  yang akan saya bungkus cantik-cantik beserta dengan dua pasang kasut baby warna pink and blue... Kembar sepasang gitu...

Saya teringin melihat reaksi nya dan air terjun yang akan keluar dari matanya dan mesti dalam hati dia akan terbina satu taman. Ternyata hadiah itu akan menjadi satu hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya.
Saya cuma nak suami saya gembira macam orang lain...

Tapi itu hanyalah sebuah IMPIAN, dan impian akan menjadi kenyataan bila ada satu usaha dan tawakkal kepada yang maha memberi rezeki...insyallah..amin.





13 December 2011

13 Disember 1981

13 Disember 1981, lahirlah seorang hamba Allah penyambung zuriat Haji Nordin dan Hjh Sharipah yang 2 tahun berkahwin baru dikurniakan cahayamata. Cahayamata itu adalah saya Noorsalawati binti Nordin. Ehehehe....dan kini saya dah pon berumur 30 tahun..yeayyy!!! dah tua dah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas dan menghuni alam ciptaan nya yang indah ini dan menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian. ( tanda Allah ingat dan sayang pada kita.) syukur..

Hari ni, celik aje mata saya memohon kepada Allah " Ya Allah, rahmatilah aku, tetapkanlah iman dihatiku,  murahkan rezekiku, kurniakanlah aku dan suamiku zuriat tanda cinta kami.

Dan suami pagi-pagi lagi dah wish birthday kat saya. tq, Alabiu darling.

11 December 2011

KHASIAT DAN KEBAIKAN HABBATUSSAUDA'

 
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).



Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

copy n paste dari anizyn.blogspot.com

7 December 2011

TERIMA KASIH ABANG

Suami penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, dirumah dia suami, di jalanan dialah teman....
Bertuah kan bila kita dapat suami yang penyabar, penyayang, support kita.. walaupon kita tak dapat berikan dia tanda cinta (zuriat) lagi, cinta dia kat kita sangat utuh...kan?...
Sedikit pon cinta dan kasih sayangnya tak pernah pudar..saya dapat rasakannya. Hati kita dijaga supaya tak terguris...bila kita dicerca, dihina, ditohmah oleh orang-orang yang mulut macam longkang. Dia lah yang menenangkan. Dia lah yang menjadi perisai. Dia lah yang berada disisi kita dalam apa jua keadaan. Tidak pernah berkira dengan si isteri, apa jua kehendak isteri ditunaikan mengikut kemampuannya.

Apa yang penting dia sangat mencintai kita, walaupun kita ada kekurangan...maaf kan isterimu kerana masih belum dapat menghadiahkan "nur ain" untuk mu....

1 December 2011

KALAU BOLEH NAK SECARA NATURAL...

Dah 2 bulan makan EPO, orang kata bila kita makan EPO period boleh regular. Tapi dah 2 botol belum ada tanda2 period nak keluar secara natural. Nampaknya, saya kena ambik ubat turun haid...betul ke orang kata EPO ni meningkatkan selera makan? sebab selera makan saya tersangat menyerlah kehebatannya. Tapi saya tak akan berhenti makan EPO, sebab ia baik untuk kesihatan kan...Cuma saya masih berharap period saya akan datang dengan sendiri.

Korang penah dengar x LUMIGLOW? ada org cakap ia boleh jugak membantu.Teringin jugak nak try. Krim ni di sapu bawah pusat dekat ari-ari. Ramai jugak testimoni yang dah berjaya.  Boleh tgk dalam FB - senang hamil.

3 November 2011

HOMEOPATHY TREATMENT ..adoyaiiiiii...

Tup tup dah 7 bulan buat rawatan homeopahty. RM360 darab 7 bulan = RM2520..beb..dan banyak duit habis, tapi masih belum ada perubahan. Haid pon belum datang secara natural..saya dengan ini memaklumkan bahawa saya akan berhenti dari membuat rawatan homeopathy. Sepatutnya saya kena pi sambung ubat esok. Tapi fikir punya fikir itu lah keputusan nya. Tahun depan insyaallah saya akan buat rawatan dengan Pakar Sakit Puan. Makna nya saya akan rehat dari makan ubat sampai ujung Disember ni. Tapi saya still lagi makan EPO dan vitex...

P/S: Penat rasanya....

27 October 2011

SAYA SUKA CARI PASAL

Bila hujan begini, lagi teruk perasaan sedih melanda..dengar pulak music sedey2..mengenang nasib diri ini yang sampai bila harus diuji. Teringat pulak kata-kata suami :

" Jangan putus asa, jangan merungut dengan Allah nanti Allah benci, kita ni hak DIA..kita terima dan ikut aje apa yang ditentukan olehNYA, kalau kita merungut pon apa yang kita dapat? berdoa la dengan rendah diri..ye? ". 

Saya yang bergenang air mata menyampuk "Abang tak nak kawin lain"? ( ayat cari pasal )


suami : awak bagi ke? awak cari la kat abang ye? cari macam dato'siti norhaliza ;)


saya : ???!!!!!!! eeeeeee....geram nyeeee...( merajuk )


suami : aiii? tadi tanya pas tu marah pulak...tie, abang cukup awak sorang je, mana abang nak cari isteri macam awak? takde anak pon...kita bahagia kan?

saya: ( nanges)....

****
p/s: haaa...sahabat2 sekalian, jangan ikut perangai saya yang suka cari pasal. hehehe

13 October 2011

CACIAN, KUTUKAN, TOHMAHAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Pelik je bunyi title saya ari ni, ye lah..orang perempuan kan,kejap happy..marah..sedih..lagi-lagi macam saya ni yang selalu dalam keadaan tertekan dengan nasib diri ini...

6 tahun saya menunggu anugerah itu, tapi masih belum ada rezeki. Nak buat macamana kan...telinga ni pulak dah kalis dah mendengar cacian, tohmahan, kutukan dan yang sewaktu dengannya. Kalau dulu saya tak boleh menerima caci maki orang tapi sekarang saya dah boleh! yeehaaaa! hebat tak saye?
Tahun pertama kawin dah ada orang kata saya mandul. tutttttttttttttttttttttttt betul orang tu, sampai sekarang saya menyampah kat dia. Orang pertama yang membuatkan saya menangis pasal zuriat ni dia tu lahhhh..tutttttttttttttt!! tahun ke 2 saya pregnant dan keguguran..tak pulak dia tanya khabar? 


Ada jugak yang tanya saya " bila la kau ni nak mengandung? orang lain semua dah timang anak..bla..bla..bla.." ada jugak orang tanya soalan macam tu ek? macam mana la kita nak jawab ye tak? dah kerja Allah, bukan kerja kita. Satu lagi, bila pergi kenduri kendara..huh.. macam - macam orang bercakap tentang saya, ada juga mata yang memandang saya dan saya faham benar apa  maksud yang terpancar dari matanya. Ikutkan hati, nak aje saya sepak, nak aje lumurkan sambal belacan kat mulut diorang. Tapi, saya tak nak putuskan hubungan silaturrahim....bila orang mengata, petuanya korang diam dan senyum ajelah and just say " takde rezeki lagi nak buat macamana..." dan senyum lagik tak kira lah senyum tu ikhlas atau tidak...
 


P/S: SEMOGA TERHIBUR HATI MU SAHABAT-SAHABAT KU....

9 October 2011

TENGKIU DOKTOR NASIR

Pagi Jumaat nan indah dan angin sepoi sepoi languange, saya dan hubby pegi klinik homeopathy Nik Omar kat Bangunan Tabung Haji Kota Bharu. Langkah disambut dengan senyuman Doktor Nasir, sambil menjemput kami masuk ke bilik nya. Macam biasa la, doktor Nasir akan tanya soalan-soalan berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada tubuh badan beserta soalan lapan belas sx pon dia tanya gak..hohoho! tapi kena jawab tau sebab benda tu related to obat obatan yang dia akan bagi untuk bulan ini. Ada jugak soalan yang agak memboringkan sebab tiap-tiap bulan dia tanya...uhuh.. " err..doktor, len kali catit la sikit soalan yang doktor dah tanya tu, boring la doktor"..kata saya dalam hati, kalau luar hati mesti doktor tu dah halau saye! miahahaha!

Doktor Nasir ada bagi sedikit petua untuk kami dan saya kongsikan disini:
  • Banyakkan makan kekacang. Contohnya badam, kacang, biji gajus dan lain-lain.
  • Sebelum bersama, basuh '***' kita dengan air suam terlebih dahulu. ( isteri je, suami tak payah..huh! )
  • Jaga pemakanan, bagi PCOS kurangkan pengambilan makanan yang berkarbohidrat macam nasi, roti, mee, kotiaw, bee hun, laksa dll. " Habis tu saye nak makan ape doktor, dah semua benda tak bley makan?" tanya saye. " Awak boleh makan lauk, dan banyakkan sayur, try la buat memang susah tapi try dulu, confirm kenyang"doctor said.
Dekat 20 minit jugak duk bertemuramah dengan doktor Nasir, pastu kuar amik ubat ~~~

SAYA:berapa doktor?
DOKTOR:Macam biasa la RM 360.00
SAYA: ( huluq duit dengan tangan terketaq2)
DOKTOR: Nah amik balik seploh hinggit
SAYA: ngape?
DOKTOR: Amik la, wat boh minyak kete..( senyum)

P/S: Tima kasih doktor Nasir...

6 October 2011

FRUST

Malam tadi pegi 7e nak beli roti tup tup terpandang pulak benda tu, duk pikir2 beli ke tak? beli ke tak? last2 hubby suruh beli, " beli aje laaaa...abg sponsor"... apa lagi  saya beli la, alat UPT..uhuh...
sampai umah terus test, macam biasa la negative ( -ve *---* ) rugi 10 hingget....hubby tanya " ha? ada 2 lines x?" saya jawab " haaaa! ada tigaaaa (3) linesss!! hahaha"...

emm...dalam hati siapa tahu kan? sedih, kecewa, terdetik dalam hati " bila agaknya impian nak menjadi kenyataan?"......Usaha, Doa, Tawakkal, Jangan Putus Asa....

p/s: Pagi esok ada temujanji ngan doktor homeopathy...ubat dah habis dah....

3 October 2011

KENAIKAN " BERAT BADAN " SECARA MENDADAK

Ohh, suke nyee!...suke! suke! suke! berat badan naik lagikkk! yea yea yea!!
Melampau betul selera makan lepas raya ni, elok2 aje dapat turunkan 7 kg bulan puasa, tup tup tup dia naik lagik ok...suami dah membebel, " turunkan berat badan, nak anak kan?" tersentap hati mak jemah...huhu

Baikkkk......ok hari ni stat puasa sunat, kalau diet rasanya susah sikit..tapi kalau puasa insyaallah menjadik.

Ok ini antara kebaikan berpuasa:-

Berpuasa ditakrifkan sebagai tempoh tubuh yang pantang mengasup semua jenis makanan atau makanan tertentu. Bertolak belakang dengan persepsi bahawa berpuasa memburuk kesihatan tubuh, puasa justeru memiliki banyak manfaat bagi tubuh.
Menurut AJ Carlson, Profesor Fisiologi di Universiti Chicago seperti dikutip dari MedIndia menyatakan, orang sihat dan tidak mempunyai masalah stres dan gangguan emosi dapat bertahan tanpa makanan selama 50-75 hari.
Menyembuhkan dengan cepat Hari-hari awal berpuasa merupakan fasa sukar. Tubuh akan mengeluarkan sejumlah besar racun melalui aliran darah, pori dan organ pembuangan lain. Ini terlihat dari menebalnya lapisan lidah dan nafas yang biasanya lebih berbau pada hari-hari pertama.
Setelah puasa berlanjutan pada hari-hari selepas itu, proses pembersihan tubuh disempurnakan. Lemak tubuh yang tidak bermanfaat, racun yang terkumpul dalam sel tubuh akan dikeluarkan. Sel yang sakit, sel-sel mati, lapisan lendir menebal di dinding usus, sisa aliran darah dikeluarkan lewat hati, limpa, dan buah pinggang.
Tubuh akan menggunakan mineral penting dan vitamin untuk membuang racun dan rangkaian tua. Saat beban toksin dalam badan berkurang, kecekapan setiap sel ditingkatkan. Sehingga mempercepatkan proses penyembuhan dan sekaligus menjimatkan tenaga.
Lebih Energik Mengapa orang merasa lebih energik setelah berpuasa? Selain itu, rasa lapar orang yang berpuasa berkurang dibandingkan saat normal.
Tidak banyak yang mengetahui bahawa tubuh memerlukan tenaga besar untuk mencerna makanan. Puasa merehatkan sistem pencernaan. Sehingga tenaga disimpan untuk menyembuhkan diri dan memperbaiki sel tubuh.
Tenaga akan digunakan untuk membersihan dan detoksifikasi usus, darah, serta menyembuhkan sel-sel tubuh dari pelbagai penyakit. Puasa meningkatkan kekebalan tubuh, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta meremajakan tubuh.
Manfaat khusus - Mengatasi kecanduan kafein, merokok, nikotin, dadah dan alkohol. - Puasa membantu menurunkan kadar kolesterol. - Puasa mengurangkan gangguan sistem pencernaan seperti sembelit, kembung, dan gastritis. - Puasa dengan kawalan pada pesakit diabetes membuat perubahan gaya hidup dan pola makan sehingga akan memperbaiki keadaan mereka. - Puasa meningkatkan kewaspadaan mental. Racun yang dibersihkan dari sistem limfa meningkatkan konsentrasi dan tenaga untuk melakukan aktiviti.


P/S: BILA BADAN SIHAT, DAN PULIH DARI SEGALA PENYAKIT, PELUANG UNTUK HAMIL ITU CERAH..:)

28 September 2011

BER "TTC " ( Trying to Conceive )

Bismillahirrahmanirrahim....

Usaha tanpa pernah putus asa,..
Setiap pagi saya akan mulakan hari saya dengan 2 biji Vitex sebelum sarapan, ,Lepas sarapan ambil EPO pulak 1 biji. (1000mg) Tengahari lepas lunch makan ubat homeopathy 2 biji 4 kali sehari.




Last period bulan 7 dan sekarang masih belum datang lagi sampei ke ari ni, huhuhu...(-ve UPT result ). so sad..

25 September 2011

RINDU AINUN...

Saya rindu kat anak buah saye, rindu kat suara dia, senyuman dia, ...huhuhuhu..Ingat mama long selalu ye Ainun...  ( Gambar : Ainun ( Kanan ))


22 September 2011

ALANGKAH BAHAGIA NYA SAYA KETIKA ITU...

Nak story sikit ...pada tahun 2007 setelah 2 tahun berkahwin. ( 2005 ). saya disahkan hamil dengan period saya yang tidak menentu dan saya juga seorang pesakit PCOS. Kiranya masa tu saya menunggu hampir 2 tahun untuk menjadi seorang ibu. Masa tu bulan Ramadhan, saya sangat tidak sihat selalu demam, pening, batuk, cramp perut,( perut pun selalu sakit macam senggugut) sakit dari bahagian paha hingga kaki, breast pun sakit...saya sangat heran, apa pasal dengan aku ni? demam memanjang..sehingga lah saya pergi ke klinik panel, dan saya bagitau kat doktor pasal simptom2 yang saya alami. Doktor tu plak muka dia macam sangat confuse..dan dia suruh saya buat UPT. Sebenarnya 2 hari sebelum itu, saya dah buat tapi ( -ve)..tu yang saya malas. Last2 buat jugak, then saya terkejut bila alat UPT tu ada 2 lines..saya menangis depan doktor tang-tang tu jugak..masa tu saya sorang2 sebab baru balik dari kerja. Saya sangat gembira, saya terus call hubby..dia terkejut macam tak percaya..happy giler die!! saya pun tersangatlah excited!!

ops! masa tu saya mengidam nak makan bubur lambuk, asam dan air kelapa. Saya ingatkan biasa aje sebab bulan puasa, mesti la nak makan macam-macam kan...layanan? mesti la terbaikkkk!! cakap aje nak makan ape..sumer dapat..ngeh,,ngeh,,

TAPI.....

Korang..akhirnya saya keguguran...usia kandungan masa tu, nak masuk 4 bulan..saya sangat sedih, bila doktor cakap baby saya dah keluar dari sarungnya...masa tu perut saya sakit, dan darah pun keluar banyak. Saya menangis tak henti-henti, sebab saya bukan jenis mudah lekat..dah banyak duit habis, berubat sana-sini..
Saya tengok muka hubby saya, mata dia merah...dia menangis. Perasaan saya jadi tidak menentu, saya tanya mama saya "Ma, kenapa Allah ambik balik?" sedangkan saya tahu saya tak patut tanya soalan macam tu kat dia..mama saya diam saja dan suruh saya bersabar..

Sekarang saya redha,
dari tahun 2007 sehingga sekarang tahun 2011, saya menunggu hampir 4 tahun tapi belum ada rezeki saya..tapi saya takkan putus asa. TAKDE REZEKI NAK BUAT MACAMANA KAN?! dan usia perkahwinan saya bakal mencapai 6 tahun disember ini.. ;)

walaupun takde zuriat lagi, saya masih bahagia..rasa macam pengantin baru gitu..perasan tak? kawan-kawan tak rasa macam tu ke?? ngehehehehe.....

21 September 2011

SAYA DAH BELI EPO

Sengih dulu, :)

Bila dapat tahu Hikari dah dapat gud news, saye pon dengan segera pegi beli EPO..hehe,,

Jenama ni ok ke? RM 49.90 2 BOTOL.

TAHNIAH HIKARI...finally..

Tumpang gembira di atas rezeki yang Allah kurniakan untuk blogger Hikari.. dia seorang yang tabah dan tak pernah putus asa dalam usaha untuk menjadi seorang ibu. Banyak info yang saya saya dapat dari blog dia. TAHNIAH!! jaga diri baik-baik..dia dah jadi sumber inspirasi saya.. ;)

www.nurulhikari.blogspot.com

7 September 2011

VITEX MERAWAT PCOS?

Ada juga yang mencadangkan saya makan ubat VITEX sejenis herba. Rasanya ada dijual di farmasi jenama Kordel , HPA pun ada gak rasanya..
Dan saya try search, then jumpa ni..:- ( maaf la dalam bahasa indon ) copy dari blog Solusi bebas PCOS.

Polycystic Ovarian Syndrome & Herbal treatments

Vitex agnus-castus (berry pohon suci) adalah juga dikenal herbal yang berasal darui pohon bery suci yang telah digunakan selama berabad-abad di Eropa untuk ketidakseimbangan hormonal pada wanita. Mungkin bermanfaat bagi wanita dengan PCOS yang tidak memiliki normal siklus haid dan dengan demikian tidak berovulasi atau menstruasi. Sebagian besar dari masalah haid berhubungan dengan progesteron cukup selama fase luteal dari siklus menstruasi, yang disebut cacat fase luteal atau insufisiensi korpus luteum. Sebuah insufisiensi korpus luteum didefinisikan sebagai tingkat progesteron yang rendah tidak normal 3 minggu setelah onset menstruasi. Keterbatasan tingkat progesteron dapat menyebabkan pembentukan kista ovarium.

Bagaimana Vitex Kerja?
Berry pohon suci bekerja di kelenjar hipotalamus dan hipofisis dengan meningkatkan hormon luteinizing (LH) produksi dan agak menghambat pelepasan follicle stimulating hormon (FSH). Hasilnya adalah sebuah pergeseran rasio estrogen progesteron, demi progesteron. Kemampuan berry pohon suci untuk meningkatkan kadar progesteron dalam tubuh adalah efek tidak langsung, sehingga ramuan sendiri bukanlah hormon.

Kurangnya menstruasi (amenore) yang disebabkan oleh kurangnya ovulasi, dan karena kurangnya produksi progesteron, akan menghasilkan mens ketika diambil menunjukkan progesteron. Progesteron-induced mens sistem reproduksi utuh yang tidak hanya akan melalui siklus .

Ini menunjukkan bahwa tubuh cukup memproduksi FSH untuk merangsang indung telur, dan bahwa dapat mengembangkan folikel ovarium. Hal ini juga menunjukkan bahwa produksi folikel estrogen cukup untuk menyebabkan lapisan rahim (endometrium) untuk tumbuh dan bahwa endometrium sloughed mampu melewati pembukaan serviks dan vagina. Oleh karena itu mungkin bahwa masalah adalah disfungsi dalam kelenjar hipofisis atau hipotalamus. Kemampuan pohon suci untuk memodulasi atau hipofisis hipotalamus kemudian membuat ramuan ini calon yang baik untuk mengobati amenore (infertilitas). Untuk pembahasan selanjutnya dari topik ini, kami akan mengarahkan Anda kepada Dr Tori Hudson Perempuan Encyclopedia of Natural Medicine.

Tingkat tinggi dari hormon prolaktin umumnya ditemukan dengan insufisiensi korpus luteum. Vitex berguna untuk mengurangi kadar prolaktin tinggi. Hal ini menghambat pelepasan prolaktin oleh kelenjar hipofisis, terutama ketika Anda berada di bawah stres.

Dalam studi ini, 52 wanita dengan fase luteal laten kerusakan yang disebabkan oleh hyperprolactinemia (kadar prolaktin tinggi) baik diberi Vitex. Kadar prolaktin menjadi normal setelah 3 bulan di kelompokan dan menjadi hamil.



SAYA NAK CUBA. :)

8 August 2011

KENAPA TAKDE TANDA2 NAK DATANG CIK P LAGI?

Kenapa ye? sejarah lama nak berulang kembali ke? ( setahun tak datang period ) uhuhuhu...atau ....emmmm??? guest what? tanda 2 nak datang period pun takde, tanda-tanda pregnant pun takder..cuma demam aje, tapi sekarang ni kan musim orang demam..huh. dah..dah..focus buat kerja, jgn duk mikir2 ada rezeki ade la., takder rezeki apa nak buat...


4 August 2011

RAWATAN KESUBURAN HOMEOPATHY

Macam-macam rawatan dah dibuat, mengurut dah merata-rata tempat sampai ke seberang negara. Ubat ubatan? jangan cakap la dah bermacam-macam saya cuba. Biodex? huh...mahal giler, sempat makan 2 set aje..the reason is " tak mampu". .Jumpa doktor pakar? dah beberapa kali. Tapi IUI, IVF tu belom la lagi. Duit dah banyak abis...sangat sedih...

My mom suggestkan untuk jumpa doktor homeopathy, buat rawatan kesuburan. Saya dah tiga bulan dapatkan rawatan ni. My mom yang sponsor, saya ikut aje! dah namanya orang nak sponsor kan? thehehehehe...
Rawatan ini kesan nya sangat lah lambat, kena makan ubat selama setahun, ubat makan 4 x sehari ( boring jugak kengkadang tu) disamping menjaga pemakanan, kena diet.. Alhamdulillah, saya dah turun dalam 5 kg. Kurangkan makan then banyakkan puasa sunat. Demi untuk mendapatkan mu wahai anak, ibu akan lakukan apa saja...

sedikit info :


Kaedah HTI P 2000 atau  'Homeopathic Therapeutic of Infertility'  ini berlandaskan  rawatan semulajadi dengan memakan ubat-ubat homeopati yang serasi dan tidak ada kesan sampingan. Rawatan ini memakan masa lebih kurang 8 hingga 12 bulan untuk melihatkan hasil.
Namun dalam setengah kes memadai memakan ubat homeopati selama 2 hingga 3 bulan, dimana ibu tersebut sudah disahkan hamil !

Kemandulan Wanita

Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.

· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman / Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim / fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada ovum / telur
· Kesan Sampingan Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic pada ovari
· Radangan pada bahagian pelvic
· Sebab psychosomatic menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat / congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada Rahim.
· Cecairan yang asam dan kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku, penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis,

*********************************************
Klinik Homeopathy Nik Omar No.11, Bangunan Tabung Haji Lama, Jalan Dato Pati,
15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Tel : 609 7440 440  l  Fax: 609 7437 400

Kalau nak try boleh la cuba, boleh jumpa Dr Nasir. He is very nice person. First jumpa kita akan ditemuramah oleh beliau selama 30 minit. Segala nya akan dicatat oleh beliau. Kerana apa? kerana ubat-ubatan yang akan diberi adalah related dengan apa yang kita cerita kat dia. Ubat dia manis, enak dimakan begitu saja. Setiap bulan ubat akan ditukar mengikut perubahan tubuh badan kita. Ubat ni kena makan suami isteri, saya makan hubby saya pun makan. Kos? RM 400 sebulan.

p/s: Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

3 August 2011

AGAK 2 ADA REZEKI SAYA TAK BULAN NI?

Tak berharap pun...tapi kalau ada Alhamdulillah, Orang PCOS macam saye susah.....
sedih? mesti la...sapa tak sedih kalau dah bertahun-tahun berdoa, meminta dari NYA...tapi masih belum dimakbulkan doa. Terima saja ketentuan NYA. Cuma kita perlu berusaha jangan berputus asa...


Semoga Allah kurniakan ZURIAT pada saya dan pada sahabat2 senasib....insyaallah.

P/S : 5 tahun penantian cukup tersiksa....tumpang kasih anak saudara lah dulu...huhu

       NIK NUR AINUN QASHREENA  - mama long sayang ainun.

BUAT BLOG BARU

Bismillahirrahmanirrahim...
Seronok rasa dapat buat blog baru, blog yang dulu tak dapat diselamatkan..huhuhu
good bye...www.hadirnyasakinah.blogspot.com...huhuhu


Salam Ramadhan dari Luahan Qalbi....RAMADHAN KAREEM.....