visit me!

sila klik sini..

8 August 2011

KENAPA TAKDE TANDA2 NAK DATANG CIK P LAGI?

Kenapa ye? sejarah lama nak berulang kembali ke? ( setahun tak datang period ) uhuhuhu...atau ....emmmm??? guest what? tanda 2 nak datang period pun takde, tanda-tanda pregnant pun takder..cuma demam aje, tapi sekarang ni kan musim orang demam..huh. dah..dah..focus buat kerja, jgn duk mikir2 ada rezeki ade la., takder rezeki apa nak buat...


4 August 2011

RAWATAN KESUBURAN HOMEOPATHY

Macam-macam rawatan dah dibuat, mengurut dah merata-rata tempat sampai ke seberang negara. Ubat ubatan? jangan cakap la dah bermacam-macam saya cuba. Biodex? huh...mahal giler, sempat makan 2 set aje..the reason is " tak mampu". .Jumpa doktor pakar? dah beberapa kali. Tapi IUI, IVF tu belom la lagi. Duit dah banyak abis...sangat sedih...

My mom suggestkan untuk jumpa doktor homeopathy, buat rawatan kesuburan. Saya dah tiga bulan dapatkan rawatan ni. My mom yang sponsor, saya ikut aje! dah namanya orang nak sponsor kan? thehehehehe...
Rawatan ini kesan nya sangat lah lambat, kena makan ubat selama setahun, ubat makan 4 x sehari ( boring jugak kengkadang tu) disamping menjaga pemakanan, kena diet.. Alhamdulillah, saya dah turun dalam 5 kg. Kurangkan makan then banyakkan puasa sunat. Demi untuk mendapatkan mu wahai anak, ibu akan lakukan apa saja...

sedikit info :


Kaedah HTI P 2000 atau  'Homeopathic Therapeutic of Infertility'  ini berlandaskan  rawatan semulajadi dengan memakan ubat-ubat homeopati yang serasi dan tidak ada kesan sampingan. Rawatan ini memakan masa lebih kurang 8 hingga 12 bulan untuk melihatkan hasil.
Namun dalam setengah kes memadai memakan ubat homeopati selama 2 hingga 3 bulan, dimana ibu tersebut sudah disahkan hamil !

Kemandulan Wanita

Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.

· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman / Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim / fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada ovum / telur
· Kesan Sampingan Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic pada ovari
· Radangan pada bahagian pelvic
· Sebab psychosomatic menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat / congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada Rahim.
· Cecairan yang asam dan kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku, penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis,

*********************************************
Klinik Homeopathy Nik Omar No.11, Bangunan Tabung Haji Lama, Jalan Dato Pati,
15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Tel : 609 7440 440  l  Fax: 609 7437 400

Kalau nak try boleh la cuba, boleh jumpa Dr Nasir. He is very nice person. First jumpa kita akan ditemuramah oleh beliau selama 30 minit. Segala nya akan dicatat oleh beliau. Kerana apa? kerana ubat-ubatan yang akan diberi adalah related dengan apa yang kita cerita kat dia. Ubat dia manis, enak dimakan begitu saja. Setiap bulan ubat akan ditukar mengikut perubahan tubuh badan kita. Ubat ni kena makan suami isteri, saya makan hubby saya pun makan. Kos? RM 400 sebulan.

p/s: Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

3 August 2011

AGAK 2 ADA REZEKI SAYA TAK BULAN NI?

Tak berharap pun...tapi kalau ada Alhamdulillah, Orang PCOS macam saye susah.....
sedih? mesti la...sapa tak sedih kalau dah bertahun-tahun berdoa, meminta dari NYA...tapi masih belum dimakbulkan doa. Terima saja ketentuan NYA. Cuma kita perlu berusaha jangan berputus asa...


Semoga Allah kurniakan ZURIAT pada saya dan pada sahabat2 senasib....insyaallah.

P/S : 5 tahun penantian cukup tersiksa....tumpang kasih anak saudara lah dulu...huhu

       NIK NUR AINUN QASHREENA  - mama long sayang ainun.

BUAT BLOG BARU

Bismillahirrahmanirrahim...
Seronok rasa dapat buat blog baru, blog yang dulu tak dapat diselamatkan..huhuhu
good bye...www.hadirnyasakinah.blogspot.com...huhuhu


Salam Ramadhan dari Luahan Qalbi....RAMADHAN KAREEM.....