visit me!

sila klik sini..

2 May 2012

SYURGA LAH TEMPATMU...

Assalamualaikum..


Hari ni jiwa sedikit kacau apabila terlihat satu gambar pembuangan bayi dalam internet. Astaghfirullah...makin menjadi-jadi gejala ini. Angka pembuangan bayi menjadi satu mimpi ngeri di alam realiti akibat  perbuatan zina dan akhirnya hamil anak luar nikah.

Lihatlah bukti kekejaman manusia........

  

Kenapa bayi ini diperlakukan sedemikian?  tergamak syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia itu membuang darah daging sendiri di tempat yang begini kotor, jijik..Sudah tentu kupu-kupu syurga ini terseksa sebelum menemui ajalnya. Ternyata dia kesejukan, kelaparan dan kesakitan.

Tahukah kau wahai si pelaku yang kejam, kami yang masih belum merasai kebahagiaan memiliki zuriat ini sangat kecewa dengan perbuatanmu. Kami telah menghabiskan masa dan wang yang banyak untuk memiliki "nur ain" ini walaupun seorang.. Tapi apakan daya kami...
Hei!! sang pelaku yang kejam! mana perginya nilai kemanusiaan mu?!

" TERNYATA KAU SANGAT JAUH DARI ALLAH, JIKA KAU SENTIASA MENGHAMPIRI ALLAH DAN MENCARI KASIH SAYANG SERTA KEREDHAANNYA, PERCAYALAH KAU TIDAK AKAN SEDIKIT PUN TERDETIK UNTUK  MEMECAHKAN BENTENG PERTAHANAN DIRI UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN DAN DOSA".


P/S: Walaupun tidak pernah memiliki anak, tetapi naluri keibuan dalam jiwa ini sangat kuat. Tetapi diri ini tetap redha menghadapi segala ujian yang Maha Esa kerana DIA Yang Maha Mengetahui segala-galanya. 






19 March 2012

,,,TAHNIAH,,,

Bismillahirrahmanirrahim....

Tahniah buat sahabat suami, berkat doa dan kesabaran yang begitu tinggi akhirnya Allah memakbulkan doa kalian. 6 tahun menanti, dah sampai masanya kalian bergelar Ummi dan Abi.

Akak ni salah seorang PCOS juga. Siapa kata orang PCOS tak boleh hamil? boleh...cuma kena ada semangat yang tinggi. Masa jumpa dia dulu, kitorang berkongsi rasa, bercerita, meluahkan perasaan masing-masing sebagai hamba Allah yang diuji...

Dua tiga hari lepas jumpa lagi, dia membawa khabaran gembira. Dia kata dia dah hamil 4 bulan,. Tipu kalau saya kata saya tidak cemburu dengan berita itu. nak menangis pon ader... Tapi, saya terima kenyataan bahawa dah tiba masa untuk dia. Mungkin lepas ni giliran Noorsalawati dan Mohd Reduan pula.

Saya tidak lepaskan peluang untuk berkongsi apa yang akak ni buat sehingga dia berjaya. Akak ni bukan la besar sangat bentuk tubuh badannya. Mula-mula dia kata 3 bulan berturut-turut dia ambil clomid tapi takde rezeki jugak. Lepas tu dia cuba satu ubat ni, ubat kampung yang takde jenama pon..dia kata ubat tu mahal. 30 biji RM 150...ubat kecik2 aje...selain tu dia amalkan madu pada sebelah pagi, habbatussauda juga..sebelah petangnya dia berjogging. Akak ni period dia tunggang langgang. Dan dia pernah keguguran sama macam saya, bulan yang sama, tahun yang sama. Sama sama berpantang masa tu.

Apa-apa pon tahniah saya doakan semoga kandungan akak membesar dengan sihat dan selamat melahirkan...

11 March 2012

MAKNA-MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

7 March 2012

SESUATU BERLAKU ADA HIKMAH...REDHA LAH..

Assalamualaikum...lama nye tak hap det blog...Tetiba hari ni rasa nak tukar music background, mungkin lebih sayu dari yang dulu...

Bila hati sayu, pilu , sedih pergi lah pada Allah bercakaplah dengan NYA..mengadulah padaNYA..tidak perlu mengadu pada manusia kerana manusia tidak boleh membuat hati kita tenang. Ketahuilah bila kita bercakap dengan Allah, akan terasa kemanisannya...

Kalau kita tanya Allah " Wahai Tuhanku, mengapa hamba diberi ujian sebegini?"  dalam hati pasti terdetik bahawa Allah mengatakan " Kerana Aku sayang pada mu". betul tak?

Semakin Allah sayang pada seseorang hambanya, semakin kuat ujian yang akan dihadapi. Setiap manusia menghadapi berbagai jenis ujian. Ada yang hidup dalam kemiskinan, ada yang diuji dengan pergolakan rumahtangga, ada yang kehilangan orang-orang tersayang, tiada zuriat, dan lain-lain.

Tetapi kita tak sedar pun Allah telah memberikan kita nikmat yang sangat banyak, tidak dapat dinilai dengan apa-apa yang ada di atas muka bumi ini, walau pun dengan bintang-bintang di langit, pasir-pasir di tepian pantai, seluruh langit dan lautan...tidak ternilai....

Pesanan buat diri saya sendiri, walaupun tiada anak..kamu ada suami yang baik, ada ibubapa, mertua, adik beradik yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata peransang. Itu kan diantara nikmat Allah? kamu tak perasan semua tu...apa yang selalu kamu buat bila ditimpa musibah? kamu merungut pada Allah, kamu  memberontak...

"Ampunkan hamba Ya Allah..."...hamba lemah....pimpin lah hamba ke jalan yang kau redhai..."

Bersangka baik lah dengan Allah, JIKA ALLAH HENDAK MEMBERIKAN SESEORANG ITU KEBAHAGIAAN, MAKA IA TIDAK BOLEH DITAHAN OLEH APA-APA TANGAN SEKALI PUN.

Allah maha mengetahui.......

15 January 2012

HABBATUSSAUDA BARAKA

Assalamualaikum and good morning u ols...

Bila umur dah mencecah angka 3 kat depan ni, macam-macam penyakit duk intai-intai nak hinggap kat kita. Kulit muka pon dah nampak matang-matang gitu. Tapi masih lagi "baby face" boleh?? hik hik..
Dan kepala mula la teringat akan makanan-makanan tambahan yang boleh mengembalikan keremajaan kulit..wahhhh gituuuuu...!!! Semua makanan tambahan yang ada sekarang ni memang bagus. Lebih-lebih lagi jika diamalkan secara konsisten.

Tapi apa salahnya kita makan makanan tambahan sunnah Rasulullah macam Habbatussauda, madu, halba n etc. Pernah try Habbatusauda Barakah? jenis minyak dalam kapsul. Saya juga menggunakannya!!! ( style Nora Danish) hik..hik..

Sebenarnya masih ramai di antara kita yang masih belum mengetahui khasiat dan kebaikan Habbatusauda'. Mana-mana jenama pon sama saje khasiatnya. Tapi saya try amalkan jenama Baraka. Harganya RM 10.00 sekotak dalam nya ada 24 biji. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk sebulan boleh beli 5 kotak. Kalau kat kelantan ni boleh beli kat Jaafar Rawas, Kat Kedai Nasi Arab Tarbush pon ada jual. Kat On-line, facebook pon ada. :)

Antara khasiat yang menarik minat saya, ia boleh mengatur kitaran haid, dan menambah kesuburan. Insyaallah saya akan amalkan secara konsisten juga. Tapi ingatlah bahawa Allah yang mengizinkan segala-galanya

1 January 2012

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalamualaikum.Salam tahun baru 2012.

Hari ini hati tergerak untuk membicarakan tentang hubungan suami isteri...Semoga Allah memelihara bahtera cinta ini. AMIN..

Ketenangan, kasih sayang dan rasa cinta itu adalah datangnya daripada Allah swt yang bukan boleh direka. Ia adalah satu perasaan yang dikawal oleh Allah swt. Saya menjadi takut apabila memikirkan sebuah perhubungan tiba-tiba menjadi hambar, tawar hati, hilang kasih sayang. Lebih-lebih lagi bila memikirkan diri ini kurang sempurna ( kerana Allah sedang menguji )..
Dalam perhubungan suami isteri, apa jua yang kita lakukan hendakllah kerana Allah. Jangan sesekali membelakanginya takut nanti hati akan berpecah. Bila hati berpecah kasih sayang dan kepercayaan dalam jiwa kian luput. Nauzubillah...

Kenapa pasangan suami isteri kini ramai yang renggang hati mereka, tipisnya kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Kerana mereka sudah tidak ada sifat bertolak ansur dalam perhubungan. Suami perlu tahu peranan tugas dan tanggungjawab dan si isteri juga begitu. Masing-masing kena tahu hak pasangan masing-masing.

Dibawah ini ada beberapa tips yang saya dapatkan dari BLOG PAKAR HOW TO.

  1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
  2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
  3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
  4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
  5. Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
  6. Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
  7. Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
  8. Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
  9. Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
  10. Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
  11. Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
  12. Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
  13. Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
  14. Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
  15. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Pesanan saya : Hadiah kan pelukan dan ciuman buat pasangan masing-masing setiap hari sebelum keluar bekerja. Penting tu!!