visit me!

sila klik sini..

19 March 2012

,,,TAHNIAH,,,

Bismillahirrahmanirrahim....

Tahniah buat sahabat suami, berkat doa dan kesabaran yang begitu tinggi akhirnya Allah memakbulkan doa kalian. 6 tahun menanti, dah sampai masanya kalian bergelar Ummi dan Abi.

Akak ni salah seorang PCOS juga. Siapa kata orang PCOS tak boleh hamil? boleh...cuma kena ada semangat yang tinggi. Masa jumpa dia dulu, kitorang berkongsi rasa, bercerita, meluahkan perasaan masing-masing sebagai hamba Allah yang diuji...

Dua tiga hari lepas jumpa lagi, dia membawa khabaran gembira. Dia kata dia dah hamil 4 bulan,. Tipu kalau saya kata saya tidak cemburu dengan berita itu. nak menangis pon ader... Tapi, saya terima kenyataan bahawa dah tiba masa untuk dia. Mungkin lepas ni giliran Noorsalawati dan Mohd Reduan pula.

Saya tidak lepaskan peluang untuk berkongsi apa yang akak ni buat sehingga dia berjaya. Akak ni bukan la besar sangat bentuk tubuh badannya. Mula-mula dia kata 3 bulan berturut-turut dia ambil clomid tapi takde rezeki jugak. Lepas tu dia cuba satu ubat ni, ubat kampung yang takde jenama pon..dia kata ubat tu mahal. 30 biji RM 150...ubat kecik2 aje...selain tu dia amalkan madu pada sebelah pagi, habbatussauda juga..sebelah petangnya dia berjogging. Akak ni period dia tunggang langgang. Dan dia pernah keguguran sama macam saya, bulan yang sama, tahun yang sama. Sama sama berpantang masa tu.

Apa-apa pon tahniah saya doakan semoga kandungan akak membesar dengan sihat dan selamat melahirkan...

11 March 2012

MAKNA-MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

7 March 2012

SESUATU BERLAKU ADA HIKMAH...REDHA LAH..

Assalamualaikum...lama nye tak hap det blog...Tetiba hari ni rasa nak tukar music background, mungkin lebih sayu dari yang dulu...

Bila hati sayu, pilu , sedih pergi lah pada Allah bercakaplah dengan NYA..mengadulah padaNYA..tidak perlu mengadu pada manusia kerana manusia tidak boleh membuat hati kita tenang. Ketahuilah bila kita bercakap dengan Allah, akan terasa kemanisannya...

Kalau kita tanya Allah " Wahai Tuhanku, mengapa hamba diberi ujian sebegini?"  dalam hati pasti terdetik bahawa Allah mengatakan " Kerana Aku sayang pada mu". betul tak?

Semakin Allah sayang pada seseorang hambanya, semakin kuat ujian yang akan dihadapi. Setiap manusia menghadapi berbagai jenis ujian. Ada yang hidup dalam kemiskinan, ada yang diuji dengan pergolakan rumahtangga, ada yang kehilangan orang-orang tersayang, tiada zuriat, dan lain-lain.

Tetapi kita tak sedar pun Allah telah memberikan kita nikmat yang sangat banyak, tidak dapat dinilai dengan apa-apa yang ada di atas muka bumi ini, walau pun dengan bintang-bintang di langit, pasir-pasir di tepian pantai, seluruh langit dan lautan...tidak ternilai....

Pesanan buat diri saya sendiri, walaupun tiada anak..kamu ada suami yang baik, ada ibubapa, mertua, adik beradik yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata peransang. Itu kan diantara nikmat Allah? kamu tak perasan semua tu...apa yang selalu kamu buat bila ditimpa musibah? kamu merungut pada Allah, kamu  memberontak...

"Ampunkan hamba Ya Allah..."...hamba lemah....pimpin lah hamba ke jalan yang kau redhai..."

Bersangka baik lah dengan Allah, JIKA ALLAH HENDAK MEMBERIKAN SESEORANG ITU KEBAHAGIAAN, MAKA IA TIDAK BOLEH DITAHAN OLEH APA-APA TANGAN SEKALI PUN.

Allah maha mengetahui.......