visit me!

sila klik sini..

3 October 2011

KENAIKAN " BERAT BADAN " SECARA MENDADAK

Ohh, suke nyee!...suke! suke! suke! berat badan naik lagikkk! yea yea yea!!
Melampau betul selera makan lepas raya ni, elok2 aje dapat turunkan 7 kg bulan puasa, tup tup tup dia naik lagik ok...suami dah membebel, " turunkan berat badan, nak anak kan?" tersentap hati mak jemah...huhu

Baikkkk......ok hari ni stat puasa sunat, kalau diet rasanya susah sikit..tapi kalau puasa insyaallah menjadik.

Ok ini antara kebaikan berpuasa:-

Berpuasa ditakrifkan sebagai tempoh tubuh yang pantang mengasup semua jenis makanan atau makanan tertentu. Bertolak belakang dengan persepsi bahawa berpuasa memburuk kesihatan tubuh, puasa justeru memiliki banyak manfaat bagi tubuh.
Menurut AJ Carlson, Profesor Fisiologi di Universiti Chicago seperti dikutip dari MedIndia menyatakan, orang sihat dan tidak mempunyai masalah stres dan gangguan emosi dapat bertahan tanpa makanan selama 50-75 hari.
Menyembuhkan dengan cepat Hari-hari awal berpuasa merupakan fasa sukar. Tubuh akan mengeluarkan sejumlah besar racun melalui aliran darah, pori dan organ pembuangan lain. Ini terlihat dari menebalnya lapisan lidah dan nafas yang biasanya lebih berbau pada hari-hari pertama.
Setelah puasa berlanjutan pada hari-hari selepas itu, proses pembersihan tubuh disempurnakan. Lemak tubuh yang tidak bermanfaat, racun yang terkumpul dalam sel tubuh akan dikeluarkan. Sel yang sakit, sel-sel mati, lapisan lendir menebal di dinding usus, sisa aliran darah dikeluarkan lewat hati, limpa, dan buah pinggang.
Tubuh akan menggunakan mineral penting dan vitamin untuk membuang racun dan rangkaian tua. Saat beban toksin dalam badan berkurang, kecekapan setiap sel ditingkatkan. Sehingga mempercepatkan proses penyembuhan dan sekaligus menjimatkan tenaga.
Lebih Energik Mengapa orang merasa lebih energik setelah berpuasa? Selain itu, rasa lapar orang yang berpuasa berkurang dibandingkan saat normal.
Tidak banyak yang mengetahui bahawa tubuh memerlukan tenaga besar untuk mencerna makanan. Puasa merehatkan sistem pencernaan. Sehingga tenaga disimpan untuk menyembuhkan diri dan memperbaiki sel tubuh.
Tenaga akan digunakan untuk membersihan dan detoksifikasi usus, darah, serta menyembuhkan sel-sel tubuh dari pelbagai penyakit. Puasa meningkatkan kekebalan tubuh, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta meremajakan tubuh.
Manfaat khusus - Mengatasi kecanduan kafein, merokok, nikotin, dadah dan alkohol. - Puasa membantu menurunkan kadar kolesterol. - Puasa mengurangkan gangguan sistem pencernaan seperti sembelit, kembung, dan gastritis. - Puasa dengan kawalan pada pesakit diabetes membuat perubahan gaya hidup dan pola makan sehingga akan memperbaiki keadaan mereka. - Puasa meningkatkan kewaspadaan mental. Racun yang dibersihkan dari sistem limfa meningkatkan konsentrasi dan tenaga untuk melakukan aktiviti.


P/S: BILA BADAN SIHAT, DAN PULIH DARI SEGALA PENYAKIT, PELUANG UNTUK HAMIL ITU CERAH..:)

4 comments:

  1. Baik! Nak Kurus kurus kuruskan diri jugakk =)

    ReplyDelete
  2. saya dah sememangnya kurus..nak gemuk..susahla..sb genetik kot...:D

    ReplyDelete
  3. EIDA: SELAMAT BERPUASA SUNAT!!!!

    MAG : MINUM SUSU BANYAK2, MAKAN NASI MALAM, HEHEHE..NANTI BOLEH JADI GEMUK MACAM SAYE! ( buat tangan macam usop wilca)

    ReplyDelete
  4. ni pun duk usaha turunkan berat..mintak2 berhasillah..(^o^)..

    ReplyDelete

komen sahabat