visit me!

sila klik sini..

19 May 2014

DIA maha mengetahui

Assalamualaikum,

Apa khabar? lama betul tinggal blog sampai bersawang ..huhu
Setahun lebih tidak melawat blog, sudah tentu ramai sahabat yang dah berjaya mendapat cahaya mata, tahniah...
Saya? masih lagi begini..menunggu dan terus menunggu..

saya tak sedih
saya kuat 
saya tabah
saya berlapang dada
saya senyum selalu

Sepanjang setahun lebih ini, alhamdulillah..saya berkesempatan menunaikan umrah di tanah suci Makkah pada Mei 2013 lalu.Segala doa di panjatkan ke hadrat yang maha pencipta di tempat-tempat mustajab doa, disisi makam Rasulullah S.A.W di dalam Raudah yang tenang di hadapan Baitillah yang indah. Dengan sepenuh hati dan harapan yang tinggi menggunung memohon Allah SWT mengurniakan saya dan suami zuriat yang soleh dan solehah dan memohon diampun segala dosa diri ini, suami dan kedua ibu bapa serta mertua juga seluruh ahli keluarga, muslimin muslimat , mukminin mukminat.

Kini Mei 2014....Setahun berlalu, Allah masih belum memakbulkan doa saya..saya redha dengan ujian ini kerana saya yang terpilih. Banyak lagi nikmat yang Allah bagi, saya bersyukur!! kerana dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat saya saat ini dan ketika ini.

Untuk masyarakat di luar sana, berhenti lah menyoal kami dengan soalan yang tak mampu kami memberi jawapan, sebaliknya berdoalah untuk kami. 


" SAYA BAHAGIA"





2 comments:

komen sahabat